Mendua - Hampir ke situ

Monday 10 October 2016

TIGA CIRI UTAMA KAUNSELOR




EMPATI

- Empati bukan simpati

- Masuk ke ruang rujuk klien dan berupaya merasai perasaan klien walaupun

  kaunselor tersebut tidak pernah mengalami pengalaman yang sama

  dengan klien.

- Empati membantu klien untuk menumpukan perhatian dan menghargai

  pengalamnya, memberikan perspektif baru terhadap pengalamnya sebelum ini,

  membuat modifikasi terhadap diri dan persekitaran.

- Empati adalah bimbingan secara tidak langsung bertujuan menyatakan

  bahawa apa yang dilalui itu adalah satu daripada banyak pengalaman yang

  telah dan akan dilalui oleh klien.

KONGRUEN

- Asas penting dalam dalam meningkatkan perkembangan teraputik klien.

- Bersifat ikhlas, tidak buruk sangka, telus serta tidak berpura-pura semasa

  proses kaunseling dijalankan.

- Ketulenan ini dapat dirasai oleh klien dan berupaya mewujudkan suasana

  yang teraputik untuk klien meneroka dirinya.

- Kaunselor yang kongruen perlu menjadi dirinya yang tersendiri dan menolak

  sebarang cubaan untuk berselindung disebalik topeng profesional atau sebagai

  seorang pakar.

MENERIMA TANPA SYARAT

- Menerima klien tanpa mengenakan syarat tertentu.

- Kaunselor menerima dan menghargai diri klien tidak kira apa keadaan sekalipun.

- Merupakan satu perasaan mengambil berat kaunselor yang tidak dikuasai oleh

  perasaan berat sebelah atau penilaian awal dalam konteks perasaan atau tingkah laku.

No comments:

Post a Comment